? ??????????????Live, Love, Laugh? ????? ?? ???Rating: 4.6 (14 Ratings)??7247 Grabs Today. 30801 Total Gra
bs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????You Have My Heart (New)? ????? ?? ???Rating: 4.5 (30 Ratings)??6198 Grabs Today. 26831 Total Grabs. ??????Previ BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 1, 2010

Hmm..Malam Pertama Nanti Nak MAsuk Pintu Mana Ye?

Hmm malam pertama nanti nk masuk pintu mana satu ye?
Pernah x kita fikir soalan cmni??
Kalau kita tanye orang, mesti org kata kita ni pelik ataupun fikir bukan bukan...
Lantak la apa org lain nk kata..
Kalau kita pernah fikir, ertinya mestilah kita sedang berusaha menuju salah satu pintu kan..
Eh2 xkan nk masuk pintu dalam rumah pon nk kene fikir dan berusaha??, Peliknye..
Bukan....ni bukan pintu dalam rumah...ni pintu tempat kita abadi di sana nanti...
Jadi, fikir fikirkan lah mana 1 antara 2 nk dijadikan pilihan hati...
keputusan muktamad di tangan anda...
tersalah pilih, merana akibatnya...

Hmm, kalaulah aku ni hamba yg beriman....kan bagus... (jom berangan kejap..hehe)


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

"Apabila seorang mukmin berada di hujung dunia menuju ke gerbang akhirat, malaikat dari langit turun kepadanya. Wajah meraka putih bersih secerah mentari. Mereka membawa kafan dan haruman yang berasal dari syurga. Mereka duduk sangat dekat dengan hamba tersebut lalu mengucapkan salam. Lalu mereka duduk di atas kepala hamba tersebut seraya berkata, 'wahai jiwa yang suci, keluarlah menuju ampunan dan keredoan Allah'. Maka ruhnya pon keluar laksana aliran air yang deras, lalu malaikat itu ambil ruh tersebut dan memasukan kedalam kafan yang di bawa tadi. Kemudian keluarlah wangian yang paling harum yang dapat dihidu oleh smua malaikat sepanjang laluan ruh tersebut menuju Allah. Lalu malaikat2 pon bertanya, 'ruh siapakah ini yg membawa haruman yang indah dari bumi'. ( ushh malaikat pon gosip gak ea ) Mereka menjawab 'si fulan bin si fulan. Begitulah sampai ruh tersebut tiba di langit bumi.
Di sana malaikat meminta agar pintu seterusnya di bukakan, lalu Allah mengkabulkan. demikianlah sampai langit ke 7.


Kemudian Allah berfirman:
"tulislah catatan hamba-Ku ini dalam Illiyyin, dan kembalikan ia ke bumi. Dari tanah AKU ciptakanya dan kepada tanah lah AKU kembalikanya, kemudian aku keluarkan mereka sekali lagi".
Lalu ruh itu pon dikembalikan ke dunia lalu datanglah 2 malaikat kepadanya bertanya 'siapa rabbmu??' lalu dia menjawab 'Allah', kemudian ditanyakan lagi, 'apa agamamu??' maka dijawabnya 'Islam'. Seterusnya di tanya lagi 'siapakah lelaki ini yang pernah di utuskan kepadamu??' lalu dijawabnya 'Ini lah Rasulullah SAW'. Lantas malaikat tanya 'dari mana kamu tahu??' ruh tersebut menjawab 'aku membaca kitab Allah, beriman padanya dan membenarkanya'. Lalu datanglah seruan dari langit "benarlah hamba-Ku ini, kurniakanlah pakaian dari syurga lalu bukakanlah pintu syurga buatnya."

....wahhh hebatnya,pintu syurga di buka untuknya, nikmatlah ruh ni dalam kubur....

kemudian datang pula seorang dengan paras rupa yang sangat indah lalu menemani hamba ini dalam kubur... kerana keindahan wajah, lalu hamba ini memberanikan diri lalu bertanya 'siapakah kamu?' lalu dijawab org itu, 'akulah amal salihmu, akulah solatmu, akulah kebaikan dan sedekah yang pernah kau infakkan. akulah tangis dan rasa takutmu kepada Allah, akulah umrah dan haji mu, akulah bacaan al quran mu, akulah kecintaanmu terhadap allah dan rasulmu, akulah tahajjudmu di sepertiga malam tatkala insan lain sedang nyenyak tidur, akulah dakwah mu dan akulah jihadmu fi sabilillah'...lalu bergembiralah hamba allah tersebut kerana ditemani paras rupa yang sangat indah...kemudian pabila di amati, kuburnya telah lapang, tempat tinggalnya dari syurga, pakaianya juga dari syurga...lalu dia berdoa ' Ya Rabb segerakanlah kiamat agar aku boleh kembali kepada keluarga dan hartaku'




hmm...tu kalau beriman, tapi kalau aku ni bukan cmtu, cmner plak ek??


Rasullullah SAW bersabda :
"tatkala orang2 kafir dan fasiq berada di hujung dunia dan gerbang akhirat, datanglah malaikat berwajah hitam kepadanya lalu melutut. kemudian datang pula malaikat maut yang membawa tenunan kasar lalu duduk di atas kepalanya lalu berkata 'wahai jiwa yang kotor, keluarlah menuju amarah dan murka Allah' bergetarlah jasad tersebut lalu keluarlah ruh nya dengan keaadan kasar. seluruh malaikat yang berada di langit, bumi dan diantara keduanya melaknat. dicabut nyawanya lalu segera di letakkan dalam tenunan kasar tersebut. kemudian keluarlah bau bangkai yang sangat busuk.. kemudia malaikat2 pon bertanya antara 1 sama lain, ruh siapakah ini? dan mereka menjawab si fulan bin si fulan dengan menyebut nama paling buruk yang pernah digelarkan padanya tika di bumi dulu. ( pikir2 la gelaran yang orang panggil kat kita tu ade makna buruk x ) Demikianlah hingga sampai ke langit dunia. kemudian malaikat pembawa ruh minta Allah bukakan langit seterusnya tapi tidak dibukakan


"tidak akan dibukakan pintu langit bagi mereka, dan tidak akan masuk syurga sampai seekor unta mampu masuk kedalam lubang jarum" (7:40)
kemudian Allah berfirman : " tulislah catatanya dalam sijjin, di dasar bumi yang paling bawah" kemudian dicampakan ruhnya ke bumi bertemu jasad. kemudian dia didatangi 2 malaikat lantas bertanya 'siapakah rabbmu?' maka dijabnya 'ah..ah...aku x tahu!!' kemudian ditanya lagi 'apa agamamu?' dijawabnya juga 'ah...ah...aku x tahu!!' seterusnya ditanyakan lagi 'kenalkah kamu akan manusia ini yang dahulunya pernah di utus kepadamu?' dia menjawab 'aku tidak tahu!!!' lalu malaikat berkata 'engkau mmg x tahu dan mmg xkan tahu krn engkau tidak pernah membaca al quran'. kemudian terdengarlah suara dari langit 'kau seorang pendusta!!'
Kemudiakan disediakan kepadanya tempat tinggal dari neraka dan dibukakan pintu neraka buatnya. Ia merasakan bahang neraka dan angin panas yang berhembus..Tatkala itu di sempitkan kubur baginya sehingga tanah2 menghimpit dirinya hingga tulang rususk kiri bertemu rusuk kanan...
Pada saat itu, datanglah seorang dengan wajah yang amat mengerikan..Wajah itu turut mengeluarkan aroma busuk yang menyengat...Kerana takut lalu ditanyakan padanya, 'siapakah kau'...Lalu dijawab padanya ' akulah yang akan menemanimu..ya, akulah amalanmu di dunia sbg bekalan kau ke akhirat..akulah syirikmu, janji2 yg kau ungkapkan dengan nama selain Allah, akulah arak yang kau minum, akula zina yg kau lakukan dan riba yang kau makan...akulah musik yang kau dengar, akulah kesombongan mu trhadap org yg memberi nasihat dan akulah penentang mu terhadap Rabbul A'lamin....' Saat itu hamba tersebut menangis..menangis menyesali perbuatanya...penyesalanya semakin dalam...lalu dikatakan kepadanya, ' dimana tangisanmu di saat kau asyik melanggar larangaNYA? ...dimana tangisan mu tika kau membawa diri kelembah hina dek kerana syahwatmu?? berapa kali telah kau dinasihati agar jaga pandangan, pendengaran dan kemaluanmu..di mana tangisanmu tatkala kesombonganmu terhadap si penasihat tersebut?? menangislah!! menangislah sepuas2mu...tangisan mu tidak akan mampu menukar azab yang telah ditentukan buatmu...menangislah!!'
Setelah itu hamba tersebut berdoa " Ya Rabb, janganlah KAU biar kiamat berlaku" setelah itu ia menjadi buta, tuli dan bisu...Tanganya memegang sepotong besi..Besi yang apabila dipukul pada gunung maka hancur berkecailah gunung itu..Ia dipukul sekuatnya dengan besi itu sehingga menjadi tanah..Kemudian Allah kembalikan dia kepada asal dan dipukul lagi dan dipukul lagi sehingga kiamat...Hamba tersebut menjerit dan terus meronta...Semua makhluk mendengarnya, kecuali manusia dan jin..
......subhanallah, ngerinya..baru di kubur, belum di neraka......
Ya Allah, lindungilah diri ini dari azab neraka
hmm...cmner ekk??
kalau kita insan yang beriman, insya Allah bahagia di kubur, tp kalau sebaliknya cmner plak ni?? aduh, siksanya...
kalau nk nikmat dalam kubur, kene usaha, baiki diri, dekat kan diri pada Allah,
tapi sekarang ni ada masa ke nk buat sume tu?? nk study lagi, assigment lagi, chatting lagi..nk jalan2 gak, tenangkan fikiran...test dah nk dekat, assiggment banyak lagi....presentation 1 hal plak
hmm susah la cmni..tapi xkan lah kite nk diseksa di kubur plak...nyesal x sudah nanti....
kene muhasabah balik nie...
xpe2 selagi ada umur ni, selagi ruh dikandung jasad, jom perbanyakan muhasabah diri....
ingat, kalau kita kejar dunia, akhirat kita terlepas, tapi kalau kita kejar akhirat, dunia akan cari kita...
x semestinya study, wat assigment xde pahala kn??
semuanya bergantung pada niat...kalau lillahi ta'ala, insya Allah ade ganjaranya..
tapi jangan la plak lillahi ta'ala di mulut j, hati entah ape..hehe
Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab RA berkata, aku mendengar rasulullah SAW bersabda, :
'sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. barang siapa berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya, barang siapa berhijrah kerana dunia @ manusia maka hijrahnya menuju apa yang diinginkanya'
***engkau dilahirkan ibumu dalam keadaan menangis dan menjerit sedangkan insan lain tertawa bahagia, oleh itu berusahalah supaya disaat kematianmu, tatkala mereka menangis kehilanganmu, kau mampu tersenyum bahagia***
last skali, minta maaf kalau ade terkasar bahasa, tsilap tulis...sgala yg baik dtg dari Allah dan segala yang lemah dan kekurangan adalah kelemahan diri nie... :)

1 comments:

nadiah said...

Salam.

Moga-moga kita dimatikan dalam keadaan yang baik...amin.

P/S:
http://thereisabsolutelynothing.blogspot.com/

Jangan lupa follow ak tau...=)