? ??????????????Live, Love, Laugh? ????? ?? ???Rating: 4.6 (14 Ratings)??7247 Grabs Today. 30801 Total Gra
bs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????You Have My Heart (New)? ????? ?? ???Rating: 4.5 (30 Ratings)??6198 Grabs Today. 26831 Total Grabs. ??????Previ BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, April 5, 2010

~~ JoM PaNTaU HaTi ~~

Pernah x anda rasa x tenang @ gelisah?? Jika x, Alhamdulillah anda manusia yg hebat, jika ya, ketahuilah bhw hati anda sedang sakit... What?? hati sedang sakit???..ya Hati Sakit bukan Sakit Hati ye..


so, apa symptom2 hati sakit???... 3 symptom utama adalah spt berikut:

Penyakit bersangka sangka.... (bersangka buruk)

Hasad dengki...

Marah...


Rasulullah SAW pernah menunjukan seorang lelaki kepada sahabat dan menyatakan bahawa lelaki tersebut merupakan ahli syurga..Maka pergilah Abdullah Ibn Umar r.a. menyiasat kehidupan lelaki tersebut..Dia mendapati bahawa lelaki tersebut tidaklah terlalu hebat beribadat dan tidak juga bangkit qiamullail...setelah bbrapa lama barulah Abdullah Ibn Umar sedar bhw lelaki tersebut sgt bahagia hidupnya di dunia kerana tidak memili sifat hasad, marah dan buruk sangka....hmmm hebatkn...tp nk buang sifat2 ini sgt la sukar ..namun kalau diusahakan lillahi taala, Insya Allah pasti berjaya..


Apabila memiliki salah 1 drpd sifat ini, ketahuilah bahawa hati itu sedang diseret ke tahap hati mati, spt besi yg berkarat sekiranya tiada langkah utk atasi maka karat akan menebal dan besi akan reput..begitulah hati, reput dan akan mati jika tidak dibekalkan dengan santapan rohani yg sempurna.. Sesungguhnya hati merupakan medan tempur antara nafsu dan iman..Jika hati mati maka mudahlah nafsu menguasai jiwa dan akhirnya menghumban manusia ke lembah hina atau ke dlm gaung yg dlm yg menyebabkan kesukaran yg berganda utk berpatah balik..


So, how to cure??

Rasulullah SAW bersabda :

"sesungguhnya hati itu boleh berkarat seperti karatnya besi dan hanya dengan membaca Al Quran dan mengingati mati sahaja, karat itu dapat dibersihkan"


Abdullah Ibn Mas'ud berkata :

"Utk hilangkan kegelisahan, bawalah hatimu mengunjungi 3 tmpt, pertama, tempat org membaca Al Quran x kira samada kamu membaca atau sekadar mendengar.. kedua, hadiri majlis ilmu yg ingtkn kamu kpd Allah..ketiga, carilah tempat sunyi spt di waktu mlm dan beribadahlah kpd Allah dan pohon ketenangan hati..Jika slps melakukn semua itu hati kamu masih gelisah, mohonlah pd Allah agar digantikan hatimu dgn hati yg baru krn sesungguhnya hati yg kamu miliki bukanlah hati kamu"


Percayalah jika kita menghampiri Allah selangkah, Allah akan menghampiri kita 1000 langkah..Jika kita berjalan menuju Allah maka Allah akan berlari menuju kita... Allah yg cipta kita sentiasa menanti kita kembali taat padanya dan tdk pernah 1 saat pon melupakan kita, namun mengapa kita,manusia yg kerdil jika dibanding dgn ciptaan2 lain yg hebat acap kali melupakan Allah dan menjauhi-Nya??

Sedekah...

Sedekah itu penting dan mampu jadikan dunia sbg ladang utk dituai hasilnya di akhirat kelak...

Sedekah jariah mampu membekalkan kita dengan pahala yg banyak malah tidak putus walaupun setelah hubungn manusia terputus dari alam dunia yang fana ini...Dan sungguh, sedekah ini mampu menjadi payung utk melindungi diri dr api neraka di akhirat kelak...


Pada 1 hari, seorang gadis datang bertemu rasulullah dalam keadaan gementar sambil memegang tanganya yang kehitam-hitam seperti dibakar api..lalu dia memohon bantuan Rasulullah SAW utk berdoa kpd Allah agar disembuhkan kesakitanya... Melihat keaadan si gadis, kekasih Allah bertanya, 'apakah yg menyebabkan tanganmu menjadi sebegini?'....lalu si gadis mejawab 'wahai kekasih Allah, sungguh mlm td aku bermimpi dan apabila aku tersedar, tangan ku telah terbakar'...


kemudian setelah Rasulullah bertanya, maka gadis tersebut menceritakan mimpinya kpd Rasulullah SAW....


Ya Rasulullah, mlm td aku bermimpi seolah olah dunia ini telah kiamat ...dunia ini bergoncang dan gunung ganang bertrbangan..saya juga melihat api neraka menyala besar dan meluap luap..kemudian saya melihat lurah lurah neraka yang menakutkan..tiba2 saya melihat ibu saya dalam neraka tersebut dan saya fikir itu bukanlah tempat yg sesuai bgnya...lalu aku bertanya kepada ibuku akan sebab yg mengheretnya ke neraka ini sedangkan di dunia dulu ibu rajin beribadat...lalu ibuku menjawab 'inilah tempat utk org2 kedekut dan ibu hanya membawa sehelai kain dan seketul daging utk dijadikan tempat berteduh krn hanya 2 benda inilah yg ibu pernah bersedekah di dunia dulu'...kemudian aku melihat ayahku sedang memberi minum kepada kawan2nya dgn air dr telaga yg diberi oleh Ali dan Ali mendapat air tersebut dr Uthman, Uthman pula dapatkan dr Umar, Umar dapatkan dr Abu Bakar dan Abu bakar dptkn dr kamu Ya Rasulullah...melihat keadaan itu aku menjeri bertanya ayah 'kenapa ayah abaikan ibu dan tdk memberi ibu minum?' lantas ayahku jawab 'air ini diharamkan utk penghuni neraka'...kerana kasihankn ibu, aku merampas cawan dr ayah lalu aku ceduk air dr telaga dan berikan kepada ibu..saat itu aku rasakan tangan ku terbakar sehingga aku terjaga dr mimpi tersebut" setelah sedar ku dapati tanganku hangus dek dijilat api neraka td...


hmm..pentingkan sedekah... jd jom bnyk2kn sedekah...sedekah bukanlah semata dgn wang ringgit tp banayk lg perkara yg dikategorikan sbg sedekah antaranya..

memberi salam

senyum

membuang sampah

membantu org

menyampaikan ilmu ...



Monday, March 29, 2010

Siriusly, unbelievable ! !

Dalam sibuk2 prepare text utk presentation esok (29/03/2010) sempat lagi rayau2 dalam FB cari2 semua kenalan zaman sekolah...ramai yg telah ku temui...alhamdulillah, smua still kenal diriku walaupon zaman sekolah dulu boleh kira dgn jari j sahabat2 yg sudi jadi teman sejati...huhu..Dalam merayau2 dan mencari2 suddenly sombody add me...katanya kawan karib aku..tp aku plak yg x cam...haha...yela dah bertambah lawa sampai x cam hehe...selepas beberapa msj, mmg compem die kawan karibku yg dah lama lost contect...sbb terlalu excited aku lawat n tengok2 profile dia...suddenly i notice something 'status : married'...

mulanya aku ingat die sj2 letak, aku pon beranikan diri bertanya...tbe2 aku dpt kejutan hebat...kawan karibku ini dah nikah awal tahun 2008...dah 2 tahun pon usia rumah tangganya...at 1st i tought its ok...ramai j kawan2 yg dah kawin n x sempat jemput coz lost contect...aku teroskan membelek2 profile sahabatku smpai terhenti tugasan mpw utk sementara haha...utk seketika mataku tertumpu pada 1 gambar...cute sgttt!!..aku pon tnye 'siapa nie?'...huhu belum sempat kejutan tadi hilang, aku dapat plak serangan kedua...boleh sakit jantung nih...guest what?? kawan aku dah ada baby sorang !!! 1tahun 4 bulan....aaaaaaa really i cant believe it...

at that time bile tahu die dah kahwin n dah ade ank, aku rasa happy sgt2, tp dalam masa yg sama aku sedih nth kenapa, tanpa ku sedari kolam mataku mulai banjir huhu..air mata mulai membasahi pipi tanpa ku tahu sebabnya...baru kini ku faham kenapa suatu masa sblom ni syafa pernah ungkapkan kata2 sedih sdangkan semua yang lain happy...masa tu aku pelik dgn perasaan syafa, tp skang aku faham..hmm mmg sdeyh wlopon happy..hehe..sorry yek syafa selit2 nama hehe...


urmm xpe2, bkn rezeki ku nk rasa nasi minyak diorang :( ... waaaa sdeyh2...



comelnye...





huh ade iras mat saleh..hehe..




Sweetnye... but still i cant believe!! haha

( my second heart attact)




anyway buat mu sahabat,



didklah anak2mu dengan ilmu2 agama agar kehidupanya di masa akan datang sentiasa dalam redho Allah
jadilah seorang isteri yang solehah disisi suamimu dan seorang ibu mithali buat anakmu...
semoga kehidupanmu dalam redho Allah selalu
semoga masjidmu kukuh dunia akhirat
ku doakan agar dirimu bahagia selalu disisi suami dan permata hati tercinta..

Saturday, March 27, 2010

Mana 1 Pilihan Hati??

Dahulu smasa Rasulullah S.A.W dalam peristiwa israk mikraj, malaikat bawa baginda melihat syurga..disebabkan suasana dan keindahan syurga yg baginda lihat, lantas baginda berkata "pasti ramai umatku akan ke syurga"..kemudian apabila dibawa melihat neraka, disebabkan ngerinya neraka itu maka baginda berkata "akan kosonglah neraka ini kerana umatku tidak menyukai suasananya"..setelah itu dibawa pula melihat jalan2 menuju syurga dan neraka dan lantas baginda berkata "pasti ramai umat ku yg akan melalui jalan ke neraka kerana jalan ini shj yg menjanjikan keseronokan"...

Seorang hamba Allah bergelumang dosa di usia remajanya dek termakan pujukan syaitan, namun setelah bertemu jalan yg benar bersama akhowat seperjuangan, si gadis bertaubat dan tekad utk berjuang di jalan Allah..setelah beberapa lama, si gadis terperangkap dalam situasi yg mampu menghumbanya ke lembah kehinaan...di saat itu hanya sekeping iman di dada yang mampu memberi kekuatan samada utk terus berjuang atau kembali ke jalan hina.. malam itu ditikar sejadah, hamba Allah itu kembali mengabdikan diri mengenang ujian yng menimpa diri..di saat itu gelora di jiwa begitu dahsyat..pelbagai persoalan bermain di fikiran 'kenapa mesti perkara ini terjadi?' 'kenapa mesti aku??'..utk seketika matanya tertatap pada sebuah kitab Allah, lantas dicapai dan dibuka...Subhanallah, Allah memberi jawapan kepada si gadis melalui Al-Quran yg mulia...
"apakah manusia mengira bahawa mereka hanya akan dibiarkan dengan berkata ' kami telah beriman' dan mereka tidak diuji??"
( Al-Ankabut ; 29:2)...
berderai lah air mata si gadis lantas berdoa memohon ampun serta kekuatan iman...

'Sungguh, jalan ke syurga banyak onak duri yang perlu dilalui..laksana berjalan di dalam bilik gelap yang ditaburi kaca...tetapi jalan ke neraka tersangat indah disulami nikmat2 dan keseronokan yang mengasyikkan'...
so, mana 1 pilihan hati?? laluan yang ditaburi bunga atau laluan yg penuh serpihan kaca??
lu pk la sniri..hehe

Friday, March 26, 2010

~ Screening TeSt ~

Screening test week baru j lepas...Alhamdulillah ramai gak yang buat test tu kan..kiranya ramai lah yang ambil tahu tentang kesihatan diri..hmm bagus2...Selepas dapat keputusan, siapa2 yg sihat Alhamdulillah no comen...yang kurang sihat plak bnykla comen2nye...dah banyak perancangan bermain di minda...termasuklah nk kurang makan, senam, bnykn sayur, buah n so on...Alhamdulillah smua rancangan bagus2, harap2 istiqomahla ye...istiqomah tu penting....betul x nadiah?? hehe

Malam tu, selepas berjemaah solat Maghrib dgn Liya dan Hanisah tbe2 terfikir somthing...hmm...ramai yang buat screening test utk tahu kesihatan fizikal sniri..tp agaknye, berapa ramai yang buat screening test tentang amal ibadat die dan hubungan die dengan Allah?? berapa ramai yang ambil tahu kesihatan rohani diri sendiri?? Rohani kita smua ni dah sihat k?? dah cukup makanan yg kita bg??? jgn2 tengah nazak tp x siapa pon tahu...pernah x kita rancang2 utk tingkatkan kesihatan rohani??? kalau pernah bagusla..kalau x, have to do somthing la kan...

Manusia terdiri daripada 3 componen, fizikal, akal dan rohani...setiap componen nie perlu diberi makan secukupnye, insya Allah sihat dunia akhirat...utk akal kita bg makann lmu dan insya Allah cukup...tu pon sbb kita ni student...utk fizikal mmg cukup, hari2 kita makan kadang2 terlebih..tp untuk rohani cmner plak??..dah cukup k ilmu agama yg kita ada sbg santapan rohani?? dah cukup ke amal ibadat utk jawab soalan dalam kubur?? dah bersedia ke kita dijemput ajal dan dihisab amal perbuatan?? hmm...bnyk lg yg kurang...jelas, kita utamakan fizikal dari rohani...mmg la betul kalau fizikal x sihat ssh nk beribadat..mmg perlu kita ambil tahu hal kesihatan fizikal, tp dalam masa yg sama kesihatan rohani pon kena ambil tahu...kalau jaga kesihatan fizikal sahaja (nk cantik, lawa, bntuk bdn perfect n so on) rugi lah kot sbbnya, bila tua paras rupa yg indah pon berkedut juga kan..lg pon bila masuk kubur fizikal kita hancur jadi tanah, yg tinggal hanya amalan sebagai bekal...kiranya kalau jaga rohani dan bagi santapan secukupnya, ianya akan bantu kita di alam seterusnya...so, jom ramai2 buat ROHANI SCREENING TEST...(nadiah, nk tambah jawatan jd penasihat lg x??haha)

Sunday, March 21, 2010

Hamba Allah?? Layak ke kita...

Assalamualaikum...

Hmm..kita selalu declare yg kita ni hamba Allah...layak ke kita declare diri ini dengan gelaran sebegitu???...Jom nilai diri...

1) Cuba tengok seorang hamba sahaya..dia pasti akan mengabdikan diri sepenuhnya kepada majikan...wlopon kena marah tanpa buat kesalahan namun dia ttp akur..kenapa?? Mungkin kerana majikan itulah sumber rezkinya, di situ lah tempat tinggalnya dan di situ la sgalanya buat diri seorang hamba manusia...tapi lupakah kita rezki itu datangnya dari Allah S.W.A??, Allah yg bg mkn, tmpat tinggal, slamatkn kita dari bahaya malah Allah yg bagi oksigen utk kita bernafas...nape kita x trasa terhutang budi pada Allah??? Kita gelar diri ini sebagai hamba Allah, tp adakah kita patuhi suruhaNya?? adakah kita jauhi laranganNya?? hmm..ade kot tp sekali sekala j...

2) Kalau mak suruh pergi kedai belikan barang, pernah x kita tnye 'mak, beli gula ni hukumnye ape? sunat?wajib?makruh?haram? atau harus??' x pernahkan...kite buat j apa yang mak minta itu pon kalau mud baik..nape?? sbb kita sayang mak...nape plak kita syg mak?? of coz la sbb mak lahirkan kita, jaga kita, didik kita, malah mak lebih tahu segalanya tentg kita..pendek kata mak lah insan paling understanding..tol x?? tp lupakah kita, Allah tahu segala isi hati?? allah lebih dekat dgn kita dr nyawa kita?? allah create smua kat dunia ni utk kita dan Allah yg cipta seorang wanita utk kita gelar sebagai 'mak'...jadi kenapa stiap suruhan Allah kita pertikaikan hukumnya??? buat j la..kata hamba Allah...

3) dalam surah Al-Baqoroh (2:30) "Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat 'aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi'. mereka berkata ' apakah engkau hendak menciptakan orang yang merusakkan dan menumpahkan darah di sana sedangkan kami bertasbih memujimu dan menyucikan namaMU??' Dia berfirman, sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"...so, clear kat sini matlamat hidup kita selain beribadat adalah jadi khalifah iaitu menyampaikan kebenaran islam kepada semua..ini perintah Allah yang di amanahkan kepada kita yang sanggup terima walaupon setelah langit, bumi dan gunung menolaknya...adakah kita melakukanya?? walaupun hanya 1 ayat ?? layakah kita sbg hamba Allah??

4) Dalam Quran Allah bnyak sebut dan libat Nabi Muhammad...contoh, "katakanlah (wahai Muhammad)..." nape?? sbb Nabi Muhammad betul2 melaksanakan perintah Allah dan menyampaikan Islam sbb tu Nabi Muhammad paling layak diegelar hamba Allah...Kita??? memangla kita xleh capai tahap nabi, tapi as a muslim kita wajib buat suruhan dan tinggal larangan Allah...adakah kita yg kadang on kadang off layak bgelar sedemikian??

5) kalau ada pun yang buat, kebanyakan buat printah Allah spt solat, puasa, tolong menolong n so on...tapi kita cegah kemungkaran x?? amar makruf dan nahi mungkar perlu seiring...kalau kita suruh orang buat baik, tapi x halang bende jahat, sampai bila pun xkn selesai...kalau kita suruh orang stop yang jahat tp x suh buat baik pun x leh gak kn...so, berapa ramai dari kita yang cegah kemungkaran??? tahukah kita, kalau kita x cegah kemungkaran, bererti kita turut membenarkan perbuatan tersebut???..cuba pk2 balik...kalau kita berjalan2 di panatai then trserempak dgn sepasang kekasih muslim yg berpegang tangan atau pape j, berapa dari kita yang sanggup menghampiri mereka dan menegur???..cegahlah kemungkaran walau dengan hati (benci kemungkaran tersebut) sesungguhnya, mencegah dengan hati itu selemah2 iman...selemah2 iman, cegah dgn hati, bistu kita yang buat dek ni ape crita??? layak gelar hamba Allah???


dah terang lagi bersuluh, kita ni perlu bnyk2 muhasabah diri dan upgrade diri ni agar kita menjadi hamba Allah dan sentiasa dalam keredoanNYA...
setakat ini sahaja..sekian
~renung2kan dan selamat beramal~

Thursday, March 4, 2010

Warkah Istimewa Buatmu MaN-u-SiA

Dengan nama Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Bukankah Allah yang memperkenankan doa org yg dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNYA, dan menghilangkan kesusahan, dan menjadikan kamu khalifah di bumi? apakah disamping Allah ada tuhan yang lain? Sedikit sekali nikmat Allah yang kamu ingat..
(7:200)
Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan waktu dan nikmat nyawa utk meneruskan
sharing. Masih ada lagi nikmat jari2 untuk menaip dan menyampaikan serba sedikit pengetahuan yang ada..Alhamdulillah, terima kasih Allah utk nikmat yg tak terhingga...
Kisah Adam, Hawa dan setan... ramai yang tahu cerita ni, tetapi sayangnya x ramai yg ambil iktibar dari kisah ni...banyak ayat2 Al Quran menceritakan kisah Nabi Adam dan Hawa...
Agaknye, nape ye Allah cerita banyak2 kali...x cukup k sekali j?? klo cerita sekali pon dah boleh ingat, so whats the point cerita banyak2??...hmm 'whats the point', mungkin ada antara kita yang tertanya2..sbnrnye ade point nye Allah cerita bnyk2 kali, Allah bkn j nk kite ingat tp DIE nk kite sedar dan ambil pengajaran.. di sini lah mulanya peranan setan terhadap umat manusia...
Dan sungguh Kami telah menciptakan kamu, kemudian membentuk tubuhmu, kemudian Kami berfirman kepaada para malaikat, "bersujudlah kamu kepada Adam" maka mereka pun sujud kecuali iblis. iblis termasuk mereka yang tidak bersujud. Allah berfirman, "apakah yang menghalangmu sehingga tidak bersujud kepada Adam apabila aku menyuruhmu?" Iblis jawab "Aku lebih baik daripada dia, engkau ciptakan aku dari api sedangkan dia dari tanah." Allah berfirman, "maka keluarlah kamu dari syurga kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah!! sungguh kamu termasuk makhluk yang hina". Iblis menjawab, "berilah aku penangguhan waktu sampai hari mereka dibangkitkan". Allah berfirman, "benar, kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu" Iblis menjawab"kerana engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian aku pasti akan mendatangi mereka dari depan,belakang,kanan dan kiri. Dan engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur". Allah berfirman, "keluarlah kamu dari sana dalam keadaan terhina lagi terusir!! sesungguhnya barang siapa diantara mereka mengikutimu pasti akan Ku isi neraka jahannam dengan kamu semua...
(7:11-18)
lalu setan memperdayakan keduanyasehingga keduanya dikeluarkan dari segala nikmat ketika di syurga. Dan Kami berfirman "turunlah kamu!! sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan". kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari tuhannya lalu Dia menerima taubatnya. Sungguh Allah maha penerima taubat dan maha penyayang. Kami berfirman " turunlah kamu semua dari syurga! kemudian jika benar2 datang petunjukKU kepadamu, maka barang siapa mengikuti petunjukKU,tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati".
(2:36-38)
hmm...cube kite fikir....x pelik ke kenapa Allah bagi penangguhan waktu pada setan sedangkan Allah suruh kite buat baik dan masuk syurga?? bkn ke kalau Allah larang setan tu, lagi senang kite beriman??kite sume hamba Allah, xkn la Allah nak biar sebahagian dari kita tergoda dengan setan dan sebahgian lagi j dapat hidayah??...x adil la kalau mcm tu!!..
Sabar...bkn cmtu...Allah tu mmg adil dan Maha Adil pun...kite j x realize...sebenarnya, Allah bg penangguhan waktu pada setan dan dalam masa yang sama Allah x pernah biar manusia...bukti : Allah bg kite otak n akal yg sihat utk nilai baik buruk, n 1 lg dalam Al quran kan Allah dah cerita bahawa setan akan goda kita...so, kalau kita yang x baca Al Quran tu @ baca x ambil pengajaran, salah siapa??? nape nk salahkan kn Allah?? nape bile kite jahat n org tegur, kita jawab 'dah takdir, Allah cipta aku jahat, nk wat cmner'?? nape nk salahkan Allah sedangkan Allah dah turunkan Quran and dah crita A-Z pd kita??so, skang ni sapa yang x adil?? Allah ke kita??
Allah siap crita agenda2 n cara2 setan goda kita, x cukup dgn tu siap Allah bagi kita doa utk mohon perlindungan dr Allah...tengok, punyelah Allah sayang kita...hmmm..nape kita x pnh realize ekk?? Allah dah bagi kat kita surah 3 'Khul', surah yang paling hebat dalam semua surah2 Al Quran...Rasulullah SAW pnh kata, 3 surah ni hebat sangat n x de tandingan..baginda sangat menghargai surah ni...
surah 3 'khul' hebat?? yeke?? ape yang hebat sangat?? pendek j pun, budak x g tadika pun leh hafal...hmm...itulah kite, hafal j, makna x pnh amek tahu...kalau tahu pun just cmtu2 j...
so, jom kite hayati surah2 hebat ni, kita kaji mana hebatnye..
---->SuRaH An-NaS<----
Bismillahirrahmanirrahim..
1) Katakanlah, 'aku berlindung kepada tuhanya manusia
2) raja manusia
3) sesembahan manusia
4) dari kejahatan bisikan setan yg bersembunyi
5) yang membisikan kejahatan kedalam dada manusia,
6) dari golongan jin dan manusia
(ayat 1-3)
3 ayat yang pertama ni Allah crita tntg Allah...kenape ye? ape kne mengenenye??... ok, contohnya kalau kita xde duit, tp nk guna duit, kita pun decide nk minta tolong si A... 1st of all sebelum kita minta tolong mesti kita fikir dan tertanya2 'si A ni ade duit k kalau aku nk pinjam?, kalau aku nk pinjam agaknye die nk bagi k?'...so, cmtu la gak...Allah cipta kita so, Die tahu kita ni mmg jnis cmtu, sbb tu sblum kita tanya siapa Allah, Allah dah jawab siap2...Allah dah bg tahu yg Allah tu tuhan, pemilik dan sesembah...hmmm, ape beza tuhan dgn sesembahan plak ni? mcm sama j, Allah gak...sbnrnye ade beza antara 2 ni...semua manusia x kira apa pun agamanya, mengaku bhwa Allah mencipta n tadbir alam ni, diorang akui Allah tuhan tp x akui Allah sbg sembahan...Allah kata Allah tuhan(dr Allah kpd kita), bererti Allah yg cipta, tadbir n pelihara alam n segala isinya...Allah kata Allah raja manusia, ertinya kita kena takut, dan taat pada Allah mcm rakyat yg taat pd raja...Allah kata Allah illah(sesembahan) kita(dari kita kpd Allah) bererti kita hanya berhak sembah Allah, sbb Allah ckp Die sgalanya utk kita la yg Allah suruh kita mohon pape j dr Allah, adu masalah n nasib pada Allah, nangis kat Die n so on... mcm kita dgn org yg pling dipercayai...
(ayat 4-6)
ayat 4---> Allah crita tntg setan dan kegemaranya...Allah kata setan ni suka bisik2...dan
hanya bisik kejahatan...ingt, setan x pnh bisik kebaikan!!...so, cuba muhasabah
balik, klo kita bisik2 selalunya adakah kita bisik yg baik??hmmm..berkesanya
ajaran setan smpai ciri2 die pun kita warisi...di hujung ayat ni, Allah bagi tahu sifat
setan iaitu datang dan pergi bukti setan tu penakut...setan ni selalu mencangkung
atas hati manusia, kalau kuat iman die lari tp klo lemah die attack...serang hendap la
katakan...
dlm (8:48) Allah bagi bukti yg lebih jelas tntg sifat penakut setan ni :
"dan ingatlah ketika setan membuatkn mereka terasa
indah perbuatan mereka dan berkata 'xde org dpt kalahkn kamu hari ini dan akulah
penolong mu'. maka ketika 2 pasukan itu saling berhadapan, setan undur diri dan
berkata 'sungguh aku berlepas diri dari kamu, aku dpt lihat apa yg kamu tdk dpt
lihat,sungguh aku takut pd Allah' Allah sangat keras siksanya"...
setan ni xleh baca hati kita tp die tahu cmner nk attack dgn setiap pergerakan kita wlopon
sikit sbb die hidup berjuta tahun dah..(no expirience no talk maa..)
ayat 5--->Allah cerita pula tmpat kegemaran setan pd manusia...Allah kata setan akn bisik
kejahatan pd dada...hmmm, nape dada?? nape x mata, mulut, idung ?? sbb pd dada
ada hati...dlm hadis 6 (dr hadis 40), jadi, terbuktilah hati ni cpt terpengaruh...
ayat 6--->dari kalangan jin dan manusia....Allah kata setan ada 2 jenis 1 dr kalang jin 1 dari
klngn manusia...setan jin ni x nampak, slalu wat serangan hendap...setan manusia
plak slalunye kawan2 kita la..iaitu mereka2 yg lemah iman dan tergoda dgn setan
pastu goda kita...sbnrnye antara 2 setan ni setan manusia kite kne jga2 sbb somtimes
kwn baikkk pon leh jd cmtu, biasalah iman manusia turun naik...
itu shj stakat ni...sgala yg baik dr Allah dan yg lemah adalah kelemahan diri saya...minta maaf dan selamat bermuhasabah diri...